Seminggu dua nie memang aku sibuk ngan Terry. Bukan senang nak cantumkan balik hubungan kawan baik yg dah putus sekian lama. Setakat nie memang xde perubahan yang besar sangat. Yela kadang2, dia ade, aku xde, bila aku ade, dia pulak yg xde. Xpe2..sume tu ambil mase sumenye..
Aku selalu la share bende nie kat Fiq. Fiq kan kawan baik aku jugak. Tak salah la kalu aku cerita pasal Terry kat dia. Tapi, respon Fiq terhadap cerita aku nie macam lain macam sikit. Aku pun xtahu lagi apa lain macam tu, sebab baru je berlaku nie.
Ok first, aku tnye Fiq apa pendapat dia kalu aku kawan balik dgn Terry. Dia macam terkejut sikit. Dia kate tu sume bergantung kepada hati aku la.. Aku bgtaw la kalu ikut hati mmg la aku nak. Pastu dia terus tukar topik.
Lepas dia tahu aku balik rumah semata-mata sbab Terry, dia macam sedih skit la. Fiq selalu kate kat kawan2 yg lain, macam perli la.. "Dia dah xkawan lagi nge kita.. Dia dah ade kawan baru skrg nie.." Satu hari tu aku mmg nak balik rumah, tp Fiq dan yg lain ajak makan pizza. Aku jdi dilema.
Jadi aku tnye Fiq apa yg perlu aku pilih. Tibe2 dia kate "G la balik. Boleh jumpe ngan Terry tuh." Lepas dia kate cam tu aku terus decide nak ikut dia pergi makan pizza. Mlm tu jugak, aku kene blik sbab nak bg mak ayah aku sikit pizza tu. Tiba2 dia bunyi, "Makan pizza ngan kawan baru la tu." Apekah??
Yg latest punye mase aku ngan dia nak balik rumah masing2. Biasanya, dia la yg paling awal siap mengemas. Aku biasalah, lambat bab2 mengemas. Tapi kali nie aku pulak yg cepat. Mase tu jam dah pukul 5.40ptg dah. Dia kate rileks la..awal lagi. Dalam hati aku nie mmg dah xsabar2 nak g jumpe Terry.
Terpaksa la aku tggu dia mengemas sampai siap. Dekat pukul 6 camtu, bru kitaorang bertolak balik. Sebelum balik tu, dia bgtaw aku, "Kirim salam la kat kawan ko tu.. Nanti dah xde dah istilah name aku nanti.." Aku just senyum je.
Aku rase Fiq nie macam takut je aku tinggalkan dia, buang dia dan lupekan dia lepas aku ngan Terry berbaik nanti. Oh kawan, aku xkan tinggalkan ko walaupun hubungan aku ngan Terry pulih kembali. Aku janji tu. Tak perlu risau dan takut.. Tu janji aku.
No comments:
Post a Comment