Friday, February 24, 2012

AkHiRnyA . . . TaPi . . .

Sudah beberapa minggu aku mendekati Terry balik dan aku dapat respon yang sangat baik. Dia dah start bercakap dgn aku cume aku je yang masih segan. Suatu hari tu, bola tibe2 bocor.. Jadi aku susah la sikit nak jumpe dia. Frust betol.

Selang beberapa minggu, aku try la lepak ngan kawan aku yang suke hisap rokok kat pantai tu. Kebetulan Terry ade kat situ. Dia tak merokok, cume melepak je.. Kitaorang bincang la pasal nak beli bola baru. Pastu bincang nak main badminton. Yang paling mengejutkan aku, dia ajak aku main.

Nie lah kali pertama dia ajak aku keluar selepas setahun lebih xbertegur sapa. Aku mase tu buat2 biasa je dan sambut ajakan dia tu. Tapi aku bg alasan yg raket aku terputus tali. Sekali lagi dia mengejutkan aku. Dia mengofferkan diri untuk baikinya balik. Biar betol ??

Nape pulak dia nih semangat betol nak baiki raket aku ?? Dia siap datang rumah aku lagi tu semata2 nak ambil raket aku. Tu pun kali pertama dia datang rumah selepas setahun lebih xberkawan. Aku pun dah bercakap bertentang mate dgn dia. Siap ketawa2 lagi tu.

Dengan ini, aku rase aku akhirnya dah berkawan balik dgn kawan yang paling aku sayang. Tapi.. ade satu hal yg wat aku risau iaitu Fiq. Fiq skrg macam semakin menjauh je dari aku. Kadang tu aku dgn dia selisih dia wat tak nampak je.. Aku xtaw kenape, tp aku rase dia tak suke aku berkawan balik dgn Terry. Tu je dalam kepala aku skrg nie..

No comments:

Post a Comment