Monday, August 5, 2013

MarK SaKiT . . . (ParT 2)

Wahid berkata dengan nada suspen. "Hidup lagi..." Haishhhhh. Mase tu aku rase nak lempar je nasik atas muke dia. Buat org takut je. Tapi pada mase yg same, aku bersyukur sgt lepas dgr ayat yg keluar dari mulut Wahid tadi. Lpas beberapa minit, Mark pun tersedar. Aku xtaw la dia nie wat main2 pengsan ke atau betul2 sbab dia mmg pandai wat org gelisah pasal dia.

Tapi aku sekali lagi gembira bila melihat dia makan n bertenaga sikit. Malam tu, dia g hospital tuk cek gusi dia tu. Org nak teman dia xnak. Mcm2 alasan dia bg. Ok la, kalu xnak sudah tp pastikan selamat sampai ke sana sudah. Dlm pukul 3 lebih gitu, aku g la bilik Mark nak mintak air skit. Mase tu Wahid duk kusyuk main laptop Mark n Paan masih guling2 atas katilnya. Aku tgk Mark trbaring lagi. Tido sudah. Sayu hati tgk dia.

Keesokannya, Wahid sudah pun pulang ke kampung halamannya awal pagi. Aku mcm biasa malas nak bgn lagi sbab smlm tido lewat. Dlm pukul 11 lebih gitu, aku n Fiq pun nak bertolak pulang jugak. Sbelum tu, aku sggah la bilik Mark nak bagi keychain yg aku beli untuk dia. Dia still tido. Ntah dia perasan ke x aku masuk dalam bilik dia. Perlahan2 aku keluar bmbg dia trjaga. Aku harap dia cepat smbuh n sihat mcm sedia kala.

Lepas solat jumaat, aku prgi balik ke tempat belajar aku tu sbab nak ambil barang2 penting. Aku harap bile aku smpai ke sana, Mark dah xde. Bkn ape, bile Mark xde, maknenya dia boleh bgn n drive mcm biasa. Tapi jangkaan aku meleset. Kereta Mark masih ade disitu. Dalam hatiku berkata, "Dia ada lagi?"

Aku naik ke bilik aku n ambik barang. Sebelum turun aku g la cek biliknya. Tapi x sangke pulak senior kat aras dia ramai duk smbang kat aras tu. Aku jd malu pulak nak g cek takut2 org mengata yang bukan2. Tapi yg pasti posisi selipar Mark langsung xbergerak. Tu maknenye dia x bgn lagi. Dlm fikiran aku, dia xleh bgn ke?? dia sedar x??

Aku sgt2 curiuos dgn keadaan Mark dalam bilik tu. Yg paling bodoh ialah aku x masuk ke bilik Mark n terus balik. Hal nie menyebabkan aku asyik terfikir2kan keadaan Mark. Sampai ke malam aku asyik fikirkan dia. Perasaan bimbang n fikiran mengarut2 makin menjadi2. Mcm2 persoalan keluar dari benak nie, "dah bgn ke blom dia tu? boleh x bgn g bli makanan berbuka?? Mcm mane kalu dia x berbuka lagi mase nie??? Mcm mane kalu dia x sedarkan diri mcm mase tu n makhluk halus ganggu dia????

Persoalan tu asyik terngiang2 kat kepala otak nih. Aku nak mesej takut nampak over pulak. Tambahan pulak Mark benci org yg over2 nie mcm dia bgtau aku pg tu. Cek kat fb x on9. kat twitter mmg x update langsung. Aku jd buntu. Xtaw dah aku nak cari petunjuk yg Mark mmg sihat2 saje. Makin malam makin teruk fikiran aku. Last2, keesokannya, aku g tmpat aku blajar balik. Dalam perjalanan tu, aku berdoa sgt2 apa yg aku fikirkan tu sumenye karut. Sampai je sane... (bersambung)

Sunday, August 4, 2013

MarK SaKiT . . . (ParT 1)

Mggu nie adalah mggu yg paling aku x tentu arah. Sumenye gara2 Mark jatuh sakit. Mggu last nak cuti pulak tu..haishh,, Pada mulanya sakit dia x la serius mana..cume sakit gusi je. Bleh lagi la bersuka ria macam biasa. Tapi makin lame makin teruk sakitnya.

Ada satu malam tu, dia trbaring je atas katil aku. Dia senyap x berkata apa2 padahal sume org tgh sibuk bersembang kat bilik aku tu. Tanye spatah spatah dia jawab. Aku mase tu x taw la pulak keadaan dia dah teruk. Last2 dia trtido atas katil aku. Aku x kisah pun sbab aku mmg xleh nak tido sbab ade kerja nak dibuat.

Kejap2 aku jeling tgk dia. Bimbang tu mmg dah ade dah dalam hati nie cume x kuat mane perasaan bimbang tu. Tetiba Wahid ajak sahur kat McD malam tu. Aku on je. Tapi bile fikirkan Mark, aku jadi dilema. Tak sanggup pulak nak kejutkan dia tambahan pula dia tgh sakit. Tp dia trbgn jugak sbab gusi dia sakit sgt. Dia kata sbelah telinganya xleh dgr n kepala berdenyut2. Aku kesian sgt2 tgk dia. Xpernah aku tgk dia sakit sebegini rupa.

Lepas Mark trbgn, dia prgi berkumur n balik ke bilik dia. Tak sangka pulak bulan2 puasa nie dia kene 'tindih' oleh sesuatu. Tubuh dia lemah jadi benda2 mcm tu mudah nak ganggu dia. Aku tgk dia bace ayat qursi, makin bimbang pulak aku. Sesudah sahur, aku ingat dia smbung balik tidur dia, tak sangka pulak dia naik ke bilik aku. Aku n dia bersmbang la kejap lepas solat subuh tu.

Dia tunjuk mesej Paan melalui fb. Dia kata dia x pernah balas satu pun chat Paan. Dia kata,,"Tu la, over lagi ngan aku. Aku benci org yg over2 nih." Begitu jugak ex gf dia dulu. Dia x layan sbab slalu send chat kat dia. Dia rimas katenya. Lepas abis smbang dia pun turun ke biliknya. Petang tu, aku n Wahid nak g bli makanan berbuka. Wahid ajak la Mark skali tp Mark xnak. Dia xlarat sgt2. Aku tgk keadaan dia makin lama makin teruk. Trbaring je atas katil.

Wahid belikan nasi air kat dia, org sakit gigi nie xleh nak makan bende keras2. Time berbuka, Wahid kejutkan Mark, tp no respond. Si Paan tawarkan air pun dia senyap je. Mate tertutup rapat. Puas Wahid kejutkan, tp tak bangun2 jugak. Aku mase tu xtaw nak kate ape. Dalam hati nie bimbang tahap ape ntah. Wahid goncang2 dia, tgn dia jatuh ke tilam. Wahid goncang tgn dia, tgn dia bergoyang x bermaya. Dalam hati aku hanya berdoa sepenuh hati, mintak jgn ade ape2 berlaku kat dia.

Wahid cek hidung Mark. Tetiba Wahid senyap seketika. Tgk muka aku n Paan. Mase tu jantung aku macam nak tercabut dah. Aku trtggu2 ayat yg akan dikeluarkan oleh Wahid. Aku berharap bukan jawapan itu yg terkeluar. Mintak jauh sgt2. Wahid pun berkata... (Bersambung...)