Sejak dua menjak nie, aku saje je menjauh dari Fiq. Aku dah smakin rapat dengan rumate aku sndiri, Wahid dan seorang rakannya, Hafiz. Bukannya aku sengaja menjauh darinya, tp perangainya yang menganggap aku nie mcm tunggul kayu yg menyebabkan aku berbuat sedemikian. Banyak sangat Fiq melukakan hati aku. Kalu nak tahu ape masalah aku ngan Fiq, boleh la bace kat post "PerSaHaBaTaN YanG SuKaR . . ."
Aku cume bosan dah dengan sikap dia tu. Kali nie biar aku pulak yang membalas balik perbuatan dia tuh. Aku dah jarang masuk bilik dia lagi2 sembang2 dengan dia. Kebanyakan mase aku habiskan bersama Wahid dan Hafiz. Yg beznya Mark pun join kitaorg skali. Tanpa Fiq. X kira la pergi makan ke..ambik angin..selalu je ajak aku. Aku terasa yang diri aku wujud semula. Tak seperti aku dengan Fiq dulu. Aku akan jumpa Fiq kalu ade hal penting je. Mcm dia buat kat aku la. Ade hal penting baru nak cari. Aku nak dia rase apa yang aku rase. Dan yang lebih menyenangkan hati aku, hubungan aku dengan Mark makin bertambah baik.
Satu hari, Mark dan Wahid ajak aku pergi makan bersama pasangan mereka masing2. Aku menolak sbab aku tahu aku je yg xde pasangan. Malu la aku kalu aku ikut. Memang la Mark single tp dia nie mcm ade ade hati ngan seorg perempuan nie dan tggu mase nak declair couple je. Tapi, aku dipakse jugak pergi. Jadi aku akur jela dan siap sedia melayan perasaan keseorangan. Sangkaan aku salah sekali, walaupun Mark dan Wahid berjalan dengan couplenye, aku tetap dilayan ok oleh diorg. Couple diorg pun sporting sgt2. Seronok btol aku hari tu walaupun aku sorg je xde pasangan.kui3
Lepas balik dari makan2, aku pergi la mandi. Mase tgh gosok gigi, kawan aku, Alif dan Fiq masuk bilik air. Kawan aku pun brtanye kat aku, "Dari mane?" "Npe x ajak geng kau sorg nie?" tetibe Fiq mcm bermonolog, "dia bukan geng aku." terus dia keluar dari bilik air. Aku trgamam xtaw nak kate ape. Lepas mandi, Alif beritahu aku yg Fiq menangis. Kebetulan Fiq terima surat amaran keras dari Hal Ehwal Pelajar. Fiq sedih time dia susah xde org pun dtg teman. Dia x sebut la name aku, tp dari ciri2 cerita dia tu, Alif dapat tgkap yg tu mmg dia tujukan untuk aku.
Alif suruh aku mintak maaf atau pujuk Fiq tp aku xnak. Aku buat2 x taw je la dan terus brjumpa dia mcm tiada ape yg brlaku. Sejak hari tu, aku kene mesra balik dengan Fiq walaupun sekejap. Aku sendiri pun x paham kenapa aku nak jage hati dia sedangkan dia selalu lukakan hati aku. Sekarang nie, aku x bmbg merase keseorgan lagi kerana Wahid dan Hafiz selalu ade menemani aku. Namun dri sudut kecil hatiku, aku brharap Fiq berubah menjadi dirinya yg dulu dan berkawan seperti dahulu...