Monday, August 5, 2013

MarK SaKiT . . . (ParT 2)

Wahid berkata dengan nada suspen. "Hidup lagi..." Haishhhhh. Mase tu aku rase nak lempar je nasik atas muke dia. Buat org takut je. Tapi pada mase yg same, aku bersyukur sgt lepas dgr ayat yg keluar dari mulut Wahid tadi. Lpas beberapa minit, Mark pun tersedar. Aku xtaw la dia nie wat main2 pengsan ke atau betul2 sbab dia mmg pandai wat org gelisah pasal dia.

Tapi aku sekali lagi gembira bila melihat dia makan n bertenaga sikit. Malam tu, dia g hospital tuk cek gusi dia tu. Org nak teman dia xnak. Mcm2 alasan dia bg. Ok la, kalu xnak sudah tp pastikan selamat sampai ke sana sudah. Dlm pukul 3 lebih gitu, aku g la bilik Mark nak mintak air skit. Mase tu Wahid duk kusyuk main laptop Mark n Paan masih guling2 atas katilnya. Aku tgk Mark trbaring lagi. Tido sudah. Sayu hati tgk dia.

Keesokannya, Wahid sudah pun pulang ke kampung halamannya awal pagi. Aku mcm biasa malas nak bgn lagi sbab smlm tido lewat. Dlm pukul 11 lebih gitu, aku n Fiq pun nak bertolak pulang jugak. Sbelum tu, aku sggah la bilik Mark nak bagi keychain yg aku beli untuk dia. Dia still tido. Ntah dia perasan ke x aku masuk dalam bilik dia. Perlahan2 aku keluar bmbg dia trjaga. Aku harap dia cepat smbuh n sihat mcm sedia kala.

Lepas solat jumaat, aku prgi balik ke tempat belajar aku tu sbab nak ambil barang2 penting. Aku harap bile aku smpai ke sana, Mark dah xde. Bkn ape, bile Mark xde, maknenya dia boleh bgn n drive mcm biasa. Tapi jangkaan aku meleset. Kereta Mark masih ade disitu. Dalam hatiku berkata, "Dia ada lagi?"

Aku naik ke bilik aku n ambik barang. Sebelum turun aku g la cek biliknya. Tapi x sangke pulak senior kat aras dia ramai duk smbang kat aras tu. Aku jd malu pulak nak g cek takut2 org mengata yang bukan2. Tapi yg pasti posisi selipar Mark langsung xbergerak. Tu maknenye dia x bgn lagi. Dlm fikiran aku, dia xleh bgn ke?? dia sedar x??

Aku sgt2 curiuos dgn keadaan Mark dalam bilik tu. Yg paling bodoh ialah aku x masuk ke bilik Mark n terus balik. Hal nie menyebabkan aku asyik terfikir2kan keadaan Mark. Sampai ke malam aku asyik fikirkan dia. Perasaan bimbang n fikiran mengarut2 makin menjadi2. Mcm2 persoalan keluar dari benak nie, "dah bgn ke blom dia tu? boleh x bgn g bli makanan berbuka?? Mcm mane kalu dia x berbuka lagi mase nie??? Mcm mane kalu dia x sedarkan diri mcm mase tu n makhluk halus ganggu dia????

Persoalan tu asyik terngiang2 kat kepala otak nih. Aku nak mesej takut nampak over pulak. Tambahan pulak Mark benci org yg over2 nie mcm dia bgtau aku pg tu. Cek kat fb x on9. kat twitter mmg x update langsung. Aku jd buntu. Xtaw dah aku nak cari petunjuk yg Mark mmg sihat2 saje. Makin malam makin teruk fikiran aku. Last2, keesokannya, aku g tmpat aku blajar balik. Dalam perjalanan tu, aku berdoa sgt2 apa yg aku fikirkan tu sumenye karut. Sampai je sane... (bersambung)

Sunday, August 4, 2013

MarK SaKiT . . . (ParT 1)

Mggu nie adalah mggu yg paling aku x tentu arah. Sumenye gara2 Mark jatuh sakit. Mggu last nak cuti pulak tu..haishh,, Pada mulanya sakit dia x la serius mana..cume sakit gusi je. Bleh lagi la bersuka ria macam biasa. Tapi makin lame makin teruk sakitnya.

Ada satu malam tu, dia trbaring je atas katil aku. Dia senyap x berkata apa2 padahal sume org tgh sibuk bersembang kat bilik aku tu. Tanye spatah spatah dia jawab. Aku mase tu x taw la pulak keadaan dia dah teruk. Last2 dia trtido atas katil aku. Aku x kisah pun sbab aku mmg xleh nak tido sbab ade kerja nak dibuat.

Kejap2 aku jeling tgk dia. Bimbang tu mmg dah ade dah dalam hati nie cume x kuat mane perasaan bimbang tu. Tetiba Wahid ajak sahur kat McD malam tu. Aku on je. Tapi bile fikirkan Mark, aku jadi dilema. Tak sanggup pulak nak kejutkan dia tambahan pula dia tgh sakit. Tp dia trbgn jugak sbab gusi dia sakit sgt. Dia kata sbelah telinganya xleh dgr n kepala berdenyut2. Aku kesian sgt2 tgk dia. Xpernah aku tgk dia sakit sebegini rupa.

Lepas Mark trbgn, dia prgi berkumur n balik ke bilik dia. Tak sangka pulak bulan2 puasa nie dia kene 'tindih' oleh sesuatu. Tubuh dia lemah jadi benda2 mcm tu mudah nak ganggu dia. Aku tgk dia bace ayat qursi, makin bimbang pulak aku. Sesudah sahur, aku ingat dia smbung balik tidur dia, tak sangka pulak dia naik ke bilik aku. Aku n dia bersmbang la kejap lepas solat subuh tu.

Dia tunjuk mesej Paan melalui fb. Dia kata dia x pernah balas satu pun chat Paan. Dia kata,,"Tu la, over lagi ngan aku. Aku benci org yg over2 nih." Begitu jugak ex gf dia dulu. Dia x layan sbab slalu send chat kat dia. Dia rimas katenya. Lepas abis smbang dia pun turun ke biliknya. Petang tu, aku n Wahid nak g bli makanan berbuka. Wahid ajak la Mark skali tp Mark xnak. Dia xlarat sgt2. Aku tgk keadaan dia makin lama makin teruk. Trbaring je atas katil.

Wahid belikan nasi air kat dia, org sakit gigi nie xleh nak makan bende keras2. Time berbuka, Wahid kejutkan Mark, tp no respond. Si Paan tawarkan air pun dia senyap je. Mate tertutup rapat. Puas Wahid kejutkan, tp tak bangun2 jugak. Aku mase tu xtaw nak kate ape. Dalam hati nie bimbang tahap ape ntah. Wahid goncang2 dia, tgn dia jatuh ke tilam. Wahid goncang tgn dia, tgn dia bergoyang x bermaya. Dalam hati aku hanya berdoa sepenuh hati, mintak jgn ade ape2 berlaku kat dia.

Wahid cek hidung Mark. Tetiba Wahid senyap seketika. Tgk muka aku n Paan. Mase tu jantung aku macam nak tercabut dah. Aku trtggu2 ayat yg akan dikeluarkan oleh Wahid. Aku berharap bukan jawapan itu yg terkeluar. Mintak jauh sgt2. Wahid pun berkata... (Bersambung...)

Friday, July 19, 2013

SeLaMaT BerPuAsA !

Waaaaa,, Lamenye x bukak blog nie. Berdebu habis dah. Bukan ape..aku sibuk sgt2 dua bulan lepas. Nie ade mase free sikit nie, ambik kesempatan la post something. Bukan nak bercerita mane pun,,

Aku cume nak ucapkan Selamat BerPuasa dan Menyambut Bulan Ramadhan dengan penuh keberkatan ini dengan hati yang tenang.

Tambahkanlah amal ibadah kita pada bulan ini. Bukan senang nak jumpe bulan berkat nie. Kita nie dah la byk dosa..so, mintak ampun byk2 kat Allah S.W.T dan cube tingkatkan amalan kita. Dah mcm ala2 ustaz dah nie aku.hehehe

Jgn lupe niat puasa pulak. Selamat berSahur !!

Tuesday, May 28, 2013

TeMaN WaHiD ?

Sesungguhnye aku masih sedih lagi ngan kejadian smlm. Tapi xpe la. Life must go on kan? So keep smiling n enjoy ur life. Kawan sejati mmg sukar dicari. Tu je pengajaran yang aku dpt tahun nie. Positif thinker la pulak aku nie.hehehe.. Post kali nie pasal rumate aku. Wahid.

Sejak dua menjak nie, aku lebih luangkan mase brsama Wahid n the gang. Mark pun selalu jugak join kitaorg. Tu yg bez tu.hehe.. Tp dlm duk lepak2, Wahid selalu sgt tnye pasal Fiq kat aku. Selalu tanye aku, mane Fiq? Fiq xde ke? Mase tu aku mmg dah putus jiwa dah ngan Fiq. Haiishh,,mari pulak si Wahid nie duk tnye2 pasal Fiq. Mmg makin bengang la aku.

Aku jawab spontan je.."x taw.", "ntah." tu je yg dpt aku jawab. Nampak gayenye si Wahid nie pun suke bile ade Fiq. Sikit2 tnye Fiq. Bile aku nak menjauh dri Fiq, Wahid nie pulak yg duk ajak2 g brsama2 kitaorg.hrmm,,

Tp yg menyedihkan, Wahid ade anjur daki gunung kat Pahang. Batch kitaorg lelaki hanye Wahid je yg pergi. Tetiba, Wahid dgn brsungguh2nye ajak Fiq. Padahal aku yg ade skali kat situ langsung x diajaknye. Dah la aku nie rumate dia. Dah mcm tunggul kayu pulak aku kat situ. Dia kate, "Kite naik dua org. Xpe.." Nmpaknye Wahid mmg plan nak g brdua je ngan Fiq dan jadikan Fiq sbagai peneman dia kat gunung tu.

Aku sedih jugak trpakse dgr je perbualan dia. Wahid smangat tolong carikan beg hiking, sleeping beg dan peralatan lain tuk Fiq. Lepas Fiq setuju ikut dia, baru la ade pertanyaan kat aku. "Nak ikut x?" Tu pun mcm trpakse je tnye sbab aku ade mase diorg brbincang. Rupenye Fiq penting sgt dlm kehidupan Wahid. Msti kene ade Fiq, baru boleh jalan. Xde aku xpe kot..aku x penting bg sape2 pun..

Aku sbenarnye ter'overthinking' skrg nie. Motivasi dlm diri aku rendah sgt..keyakinan pun kurg dah nak bersosial. Nie sume kes tu. Tp aku rase aku bukanlah over sgt. Mmg Fiq penting pun dlm kehidupan sape2. Dlm hidup Wahid, hidup Mark sekali pun. Dan aku terasa yakin yg aku nie sume melukut di tepi gantang je dalam diri sume org trmasuk Wahid, Fiq dan Mark..


Saturday, May 25, 2013

RaHsiA . . .

Hari nie, 25 may, aku sedih sangat..sedih sesedih sedihnye. Mungkin hari nie, aku official menghapuskan Fiq dlm hidup aku. Bkn menghapuskan terus, tp trpakse melayan dia seperti kawan yg tidak penting langsung. Aku dah tahu nilai aku pada Fiq.

Sebenarnya, hari nie Fiq berangkat ke Mekah tuk wat umrah. Baguskan? Bagus tapi dlm mase yang same dia x perasan yg dia telah melukakan hati kawannya seteruk2nya. Gini ceritanye..aku ade tiga org kawan yg mahu ke umrah cuti nie iaitu Kayla (bekas GF Terry, jiran aku. Boleh rujuk post MaSiH RiNduKaN DiA . . . kalu nak tahu lebih lanjut), Saleha (clasmate aku) dan Fiq.

Kayla ade bgtaw aku yg dia akan wat umrah cuti nanti sbulan lepas. Aku tumpang gembira la dia nak ke sana. Saleha pulak, dlm kelas aku dan dia tak la akrab sgt tp dia bgtaw yg dia nak wat umrah. Sebenarnya, hal tu rahsia, tp dia bgtaw jugak dekat aku, alasannya aku nie kawan dia. Trharu la jugak org yg kiter anggap x berapa penting brkongsi rahsia dengan kiter.

Tapi Fiq?? Langsung x bgtaw aku. Mcg pun tidak. Nie aku tahu pun sbab clasmate dia mcg aku yg dia brtolak ke Mekah hari nie. Aku sumpah sentap x berkate apa2. Nampak x situasi nie skarang nie? Aku dan dia bergurau, bersedih bersama, nak pergi umrah pun x bgtau. Rupenye aku nie x lebih dari kawan biase saje baginye. Tak lebih dari tu.

Sekarang nie aku nekad, aku berjanji x akan anggap dia sebagai kawan baik aku lagi. Dia dah banyak menyakitkan hati aku selama nie. Aku dah x sanggup lagi nak berkawan dgn dia. Sekarang nie aku sedar diri dan cube pandang ke depan tanpa Fiq. Semoga kau dpt hidayah kat sana, Fiq.

Saturday, April 27, 2013

TanGiSaN FiQ ??

Sejak dua menjak nie, aku saje je menjauh dari Fiq. Aku dah smakin rapat dengan rumate aku sndiri, Wahid dan seorang rakannya, Hafiz. Bukannya aku sengaja menjauh darinya, tp perangainya yang menganggap aku nie mcm tunggul kayu yg menyebabkan aku berbuat sedemikian. Banyak sangat Fiq melukakan hati aku. Kalu nak tahu ape masalah aku ngan Fiq, boleh la bace kat post "PerSaHaBaTaN YanG SuKaR . . ."

Aku cume bosan dah dengan sikap dia tu. Kali nie biar aku pulak yang membalas balik perbuatan dia tuh. Aku dah jarang masuk bilik dia lagi2 sembang2 dengan dia. Kebanyakan mase aku habiskan bersama Wahid dan Hafiz. Yg beznya Mark pun join kitaorg skali. Tanpa Fiq. X kira la pergi makan ke..ambik angin..selalu je ajak aku. Aku terasa yang diri aku wujud semula. Tak seperti aku dengan Fiq dulu. Aku akan jumpa Fiq kalu ade hal penting je. Mcm dia buat kat aku la. Ade hal penting baru nak cari. Aku nak dia rase apa yang aku rase. Dan yang lebih menyenangkan hati aku, hubungan aku dengan Mark makin bertambah baik.

Satu hari, Mark dan Wahid ajak aku pergi makan bersama pasangan mereka masing2. Aku menolak sbab aku tahu aku je yg xde pasangan. Malu la aku kalu aku ikut. Memang la Mark single tp dia nie mcm ade ade hati ngan seorg perempuan nie dan tggu mase nak declair couple je. Tapi, aku dipakse jugak pergi. Jadi aku akur jela dan siap sedia melayan perasaan keseorangan. Sangkaan aku salah sekali, walaupun Mark dan Wahid berjalan dengan couplenye, aku tetap dilayan ok oleh diorg. Couple diorg pun sporting sgt2. Seronok btol aku hari tu walaupun aku sorg je xde pasangan.kui3

Lepas balik dari makan2, aku pergi la mandi. Mase tgh gosok gigi, kawan aku, Alif dan Fiq masuk bilik air. Kawan aku pun brtanye kat aku, "Dari mane?" "Npe x ajak geng kau sorg nie?" tetibe Fiq mcm bermonolog, "dia bukan geng aku." terus dia keluar dari bilik air. Aku trgamam xtaw nak kate ape. Lepas mandi, Alif beritahu aku yg Fiq menangis. Kebetulan Fiq terima surat amaran keras dari Hal Ehwal Pelajar. Fiq sedih time dia susah xde org pun dtg teman. Dia x sebut la name aku, tp dari ciri2 cerita dia tu, Alif dapat tgkap yg tu mmg dia tujukan untuk aku.

Alif suruh aku mintak maaf atau pujuk Fiq tp aku xnak. Aku buat2 x taw je la dan terus brjumpa dia mcm tiada ape yg brlaku. Sejak hari tu, aku kene mesra balik dengan Fiq walaupun sekejap. Aku sendiri pun x paham kenapa aku nak jage hati dia sedangkan dia selalu lukakan hati aku. Sekarang nie, aku x bmbg merase keseorgan lagi kerana Wahid dan Hafiz selalu ade menemani aku. Namun dri sudut kecil hatiku, aku brharap Fiq berubah menjadi dirinya yg dulu dan berkawan seperti dahulu...

Thursday, March 28, 2013

MaKiN SaYanG . . .

Waaa,,gile lame x update blog nie. Berdebu dah agak2nye. Bese la...bulan nie sibuk skit. Sibuk esemen yg brlambak2 n sibuk bercuti ke negeri orang. Tak jauh..Langkawi je..hehe,,lagi2 bercuti bersama2........Mark. Ops. Dan 8 org lagi. Yang pasti bkn berdua la..

Sebenarnye kitaorg g Langkawi atas dasar esemen la jugak..tp aku rase melancong lebih tepat berbanding dgn esemen.hehe,, Yelakan, hmpir2 9 hari kitaorg brsama nie, ade la cerita bez n x beznye yg nak diceritakan. Dah lame dahkan x brcerita. Tak lain tak bukan sape lagi kalu bukan kisah aku, Mark dan Fiq.

Sebelum prjalanan ke sana, aku sgt2 la bmbg pasal kedudukan kerusi dlm bas nanti. Aku tak tahu kenapa. Dlm kepala aku nie asyik duk brdoa je agar Fiq dan Mark x duduk sekali. Tp x sgke pulak tetiba Fiq sendiri yg tarik aku duduk sebelah dia. Lega jugak rasenye. Yg beznye, Mark duduk di kerusi sebelah satu lagi. Walaupun ade ruang, tp boleh dikira duduk sebelah dia la jugak. Mate aku nie asyik nak tgk dia je. Tp trpakse cover la, takut trkantoi. Dia perasan ke x ntah aku asyik jeling dia. Yg bez kalu dia tido. Boleh la tenung muke dia lame skit.

Sedare Mark, Azizul pun ikut sekali. Aku dgn Azizul nie boleh dikatekan rapat jugak la. Dah tmpat blajar skali..mesti la rapat. Azizul nie mcm Mark jugak, suke peluk, jalan pun pimpin tgn tp dia nie romantik skit. Dia layan aku mcm pompuan betol. Naik geli gak kadang2.hahah.. Sekali pandang, mcm Mark jeles, tp aku x taw la dia jeles ke x. Azizul nie pulak suke sgt mengaku aku nie bini dia. Tp part yg aku x suke bile Mark wat camtu kat Fiq. Aku rase jeles sgt. Tp trpakse kawal je la jeles tu.

Kdg2 Mark layan aku ok. Ok sgt. Tp kdg2 dia wat x layan je kat aku. Conohnye kalu brgambar, aku rase gambar aku n dia berdua paling kurang. Kalu nak brgambar dgn dia mesti ade bende yg menghalang. Bkn sekali, tp byk kali jugak. Tp xpe la. Asal ade gambar dia cukup la. Dia jugak kdg2 bile kitaorg berlima brsembang dlm keter asyik sebut name Fiq je. Sikit2 Fiq, sikit2 Fiq. Nampaknye dia nie mmg suke smbang ngan Fiq. Ape2 topik skali pun. Kdg2 aku trfikir jugak, aku n lain2 nie wujud x dlm keter nie? Dah lame dah aku perhati hal nie. Dri tahun lepas lg. Asal sembang je, mesti sebut, "Kan Fiq.". Arghhh,,sentap betol rasenye.

Aku kdg2 fikir positif je..mgkin dia senang brbual dgn Fiq. Tp yg aku herannya, mlm tu aku ade la merungut sbab roti abis dah..aku x kisah pun sbenarnya. Tetibe Mark ajak aku g beli roti tgh mlm bute kat seven eleven. Aku x pasti dia ajak Fiq ke x, tp Fiq xnak pergi n muke dia ade sdikit frust. Ntah kenape. Sperti bese la, kalu berdua2an dgn Mark dlm keter, aku mesti blur, kaku. Tp nasib baik dia pandai kawal suasana. Dia cerita pasal masalah dia..pasal gf dia..jd perasaan blur tu trus ilang.

Walau bgmanapun, kenangan bersama dia sgt la manis walaupun ade sdikit pahit. Hari last kitaorg kat Langkawi, kami g la kat cable car. Mase turun dari keter tu, ntah tetiba aku dan Mark bertentang mata dan merenung mata masing2. Lame jugak la smpai la kwn dtg potong line. Aku sndiri pun pelik mcm mane aku dan Mark bleh brtentang mate dgn begitu lame.

Saat tu, rase syg aku mula menebal. Setiap pergerakannya aku perhati. Trtido dlm bas mase perjalanan pulang pun asyik trmimpi2kan dia. Yg paling mengejutkan, ade org miscall aku mase subuh tu. Aku yg tgh mamai2 dlm bas tgk fon trnampak name Mark. Aku trtnye2, pahal pulak miscall aku padahal tmpat duduk dia dpn sikit je dri aku. Tp disebabkan ngantuk, aku biarkan je. Dlm pukul 7pg, aku cek la balik telefon aku. Aik?? Mane name Mark yg miscall td?? Cek punye cek, rupenye bkn Mark yg miscall, mak aku rupenye. Mcm mane la aku bleh trnampak name Mark?? Adoi...

Lepas balik bercuti nie, aku x henti2 fikirkan dia. Prgi kemana saje mesti tringatkan dia. Aku cube jugak sibukkan diri supaya aku x la ingatkan dia selalu, tp x berjaya jugak. Tiap2 hari aku tgk gambar dia. Perangai aku dah jd pelik mcm nie dah sejak balik dri brcuti. Kalu boleh aku xnak la smpai terangau2 tringatkan dia. Tp siyesly, aku rindu sgt2 kat dia skrg nie. Aku cume boleh rindu Mark dari jauh je..

Thursday, February 14, 2013

SiaPa OrAnG TerSaYanG MaRk ?

Post kali nie mmg byk cerita pasal Mark. Lepas dpt tahu kesihatan Mark makin pulih, aku sgt2 gembira dan rase tenang hati. Tapi ade satu lagi wat hati aku tak tenang kembali. Ape sebabnye??

Baru2 nie, aku ade stalker twitter Mark. Saje je aku nak stalker, boring sgt mase tu. Tgh2 scroll down tetibe ade satu tweet pada bulan Jan tu berbunyi "penat nyanyi dalam bilik eksklusif". Gitu la ayat dia. Baru aku teringat yg mase tu aku, Mark, Fiq dan Wahid g karok kat bandar. Tp Fiq tetibe wat hal, merajuk ntah kenape xnak menyanyi. Aku tgk Mark bersggh2 pujuk Fiq, tp Fiq tetap xnak.

Kejadian nie la yg aku penah cerita Fiq hambat aku n dia kate dia malu kwn ngan aku. Aku pun mase nie sentap jugak tp aku hipokrit konon2nya aku ok2 saje. Aku nyanyi sume lagu yg mcm unsur2 frusted. Jd xla nampak sgt aku nie tgh sedih.

Tp bkn tu yg aku nak cerita. Yg aku nak cerita ialah tweet kedua slepas tweet td. "bersama org tersayam dlm kesyahduan" lebih kurg gitu la ayat dia. Org tersayam ?? Sape ?? Jd aku mahu kompemkan betul ke tarikh tu kami keluar berkaroke. Baru aku teringat, mase tu ade amaran tsunami sonamu akan melanda pantai timur.

Jd aku pun cari kat akaun fb kawan aku yg pernah post pasal amaran tsunami tu. Cari punye cari, akhirnya jumpe. Tarikh tu mmg same dgn tarikh kami keluar karoke. Lepas karoke mase tu kami terus balik dan aku yakin Mark x keluar dah lepas tu.

Persoalannye, siapa "org tersayam" Mark tu? Tu je yg aku teka-teki yg aku terfikir2 smpy skrg.

KanSeR ??

Kali nie, aku nak bercerita pasal Mark. Situasi yang sgt2 aku takuti. Dah sebulan mungkin, Mark sakit kedua belah matanya. Mula2 ingatkan sakit biase je, tp merahnya tetap x ilang2. Mate dia merah sgt2. Aku kesian tgk dia.

Dah brape kali dah dia g kat klinik pakar dan hospital. Tp result dia tetap same. satu hari tu, Mark bgtaw yg dia nak g specialist sbab nak cek mate dia. Kalu boleh aku dan Fiq nak teman dia pergi sane, tp dia kate dia nak g ngan mak dia. Xnak la pulak ganggu hal keluarga diorg nanti..

Aku mmg x sabar2 nak tahu result kesihatan Mark. Ptg tu aku saje la tnye2 Fiq mane taw Mark ade report kat dia pasal kesihatannya. Fiq sendiri pun x taw. Setahu aku n Fiq, Mark tu ade pendarahan beku kat kepala dari skolah menengah lagi. Doktor sebelum nie pulak kate yg matenye merah ade kaitan ngan pendarahan beku tu. fiq kate kemungkinan pendarahan beku tu boleh jd kanser.

Aku gelisah bukan main mase tu tp aku sorokkan je gelisah aku tu. Tak sangke pulak aku berdoa untuk dia lpas aku solat agar kata2 Fiq x menjadi kenyataan. Name pun kawan, mesti la bmbg. Lagi2 kawan yg kiter sayang. Mlm tu aku trdgr yg Mark balik asrama dgn muke x bermaya dan terus tido. Aku lagi la curius nak tahu. Tp xnak la ganggu kalu dia betol2 tido.

Keesokannya, aku intai2 la mane taw ade berita pasal Mark. Tp tetap xde. Akhirnye aku dpt taw yg mata Mark sbenarnya ade steroid. Dia sendiri pun pelik mcm mane boleh ade steroid dlm matenye. Jd, kanser yg dikatekan Fiq tu salah dan aku sgt2 bersyukur kepada Allah. Skrg nie mate dia dah makin kurg merahnye. InsyaAllah x lame nanti dia akan sembuh..amin..

Saturday, February 9, 2013

PerSaHaBaTaN YanG SuKaR . . .

Menjak dua menjak nie, aku dah rase tak senang dah ngan Fiq. Nak kate renggang, x jugak. Aku mcm dapat rasekan yang dia dah malas nak kawan ngan aku. Aku nie bkn cakap kosong yep. Ade beberapa situasi yg menyebabkan aku fikir begitu.

First, Fiq dah x layan aku mcm dulu. Dulu, kalu nak g mane2, mesti ajak aku.Tak kira la kuar ngan Mark ke atau ke mana saje. Tp skrg, aku tnye dia dulu baru dia nak mengajak. Kalu aku x tanye, mmg x la jawabnye.. Kalu ajak pun, mcm ajak x ajak je.. Hari tu mase Maulidul Rasul, aku sepatutnye prgi brsama2 Fiq. Aku pun bgtaw la,  nak bertolak nanti bgtaw la aku. Dia pun balas ok. Dekat stgh jam aku tggu, last2 dia send mcg, aku smpai dah..

Buat kejadah ape smpai baru nak bgtaw. Majlis tu start dah mase dia sampai. Sia2 aku menunggu. Tak sangke dia perbodohkan aku sampai mcm tu skali. Dah la lepas tu, dia wat mcm xde pape brlaku. Aku mase tu benci sgt tgk muke dia. Tp aku kene brsifat rasional. Xleh emo2. Tak pasal2 aku hilang semua kawan2 termasuk Mark gara2 brgaduh dgn Fiq. Aku xnak sume tu trjadi..

Selain tu, hari tu aku, Mark, Fiq dan Wahid kuar jalan2 kat bandar. Ntah ape jd, Fiq bad mood. Mase dia bad mood la, aku dpt rase yg segala kate2nye adalah benar. Dia kate dia malu berkawan ngan aku, dia hambat aku jauh2. Aku terkilan sgt2 mase tu. Tp aku pendam je sume tu supaya aku dan dia dpt berkawan. Mengalir gak air mate lepas balik dri bandar hari tu.

Sehari dua nie, aku perasan mcm dia mengejek aku kat belakang. Lg2 dia dah ade smart phone. Main whassup2 la katekan.. Dia ade upload gambar aku kat whatssup tu kat kawan dia. Aku trdgr mcm ade sebut kambing dan sbgainya. Dia pulak ketawa2 riang sambil jelang kat aku. Kalu betul la dia mengejek aku dari belakang, x tahu la aku nak wat ape.

Setakat nie, aku je la yg asyik mengalah dan terus mengalah dgn perangai dia yg menyakitkan hati tu. Tp smpy bile?? Smpy bile aku perlu rasional?? Mgkin satu hari nanti aku sendiri akan meletup dan persahabatan ini mgkin terputus selama-lamanye.huhuhu

Wednesday, January 23, 2013

MiMPi SaMa . . .

Aku sekarang nie tgh sedih. Tak tahu la knapa. Walaupun aku dah tahu yg exam ulangan Mark berjalan lancar, tp ade beberapa bende yg wat aku rase sedih. Salah satunye, bulan nie aku termimpi bende yg same sebanyak 5 kali.

Bukan mimpi yg pelik2 ye. Jgn nak fikir ke situ pulak.haha.. Aku trmimpi yg Mark dah tak hiraukan aku lagi dan hubungan Mark dan Fiq makin mesra. kelima-lima mimpi aku sume mcm tu. Tiap kali aku termimpi bgitu, aku mesti trbgn sbab tak sanggup nak melayan mimpi tu.

Plot mimpi aku tu sumenye berlainan, cume cara cerita tu yg sama. Aku mesti dipinggirkan oleh Mark dalam mimpi tu. Contohnye, aku, Mark dan Fiq g jalan2 kat mall, tp cume Mark dan Fiq je yg berborak mesra. Aku terus dipinggirkan. Mark jeling2 gitu je kat aku. Sedih bukan main kire mase bgn tido hari tu.

Ade satu hari tu, aku trmimpi yg aku ade kat kampung nenek aku. Ntah mcm mane Fiq pun ade kat situ. Rase2nye aku dan Fiq kemas rumah kot.. Tibe2 kami ternampak Mark datang dari jauh.  Makin dekat makin dekat, last2 Mark tegur Fiq je. Siap peluk lagi. Aku? Wat dunno je.. Mcm aku tak wujud pulak mase tu. Aku terus tersedar dari tido.

Yang terbaru, aku, Fiq, Mark dan kwn2 yg lain jalan2 ngan motor. Lepas puas meronda2 smpy malam, sume balik rumah. Aku pun nak baru nak masuk rumah tp trnampak Mark dan Fiq duduk atas motor dpn rumah aku. Aku pun tnye la, nak g mane. Mark senyum je, terus pergi meninggalkan aku. Bknnye nak ajak aku skali. Aku sedih terus masuk rumah. Disebabkan aku tak sanggup nak layan sedih, aku terbgn lagi dri tido.

Aku sebenarnya takut dan bimbang kalu2 mimpi tu jadi kenyataan. Aku xnak Mark tak hiraukan aku lagi. Skrg nie pun kdg2 Mark mcm kurg sikit ngan aku. Kdg2 je la. Kebiasaannya ok2 je ngan dia. Aku harap aku tak akan bermimpi mcm tu lagi. Aku tak sanggup nak bersedih dalam tido.