Friday, January 20, 2012

RePosT. Mark . . .

Post 'MarK' hari tu aku tak tahu kenapa xleh nak bukak. Jadi aku repost post nie balik. Harap2 xde la hal camni berlaku lagi.

Aku hanye tinggal satu step je lagi untuk hilangkan perasaan nih. Tapi apakan daya, susah betol nak buang. Nie sume gara2 perangai Mark yang masih tak ubah2. Aku rase mungkin dia nie cume nak bergurau, tapi aku je yang ambik serius. Nak wat camne lagi, hati perasaan xleh nak diramal..

First, seperti dulu, dia suke main mata ngan aku. Aku memang xleh blah. Suke sgt tgk aku sampai aku gelabah. Ade satu kali tu, aku perasan yang dia tgh tgk aku. Aku pun tgk dia balik. Mata bertentang mata. Tibe2 dia berbunyi, "Apa tgk2 ?" Teruk betol, bkn aku tgk dia dulu pun.haha

Satu hari, Mark kate dia nak g bandar nak beli barang tapi dia x ajak pun aku ngan Fiq. Tibe2 Fiq kate dia pun nak g bandar nak beli something. Jadi aku berfirasat dia mungkin nak g bandar dgn Mark dan dia xnak ajak aku. Mase tu aku tak kisah pun. Tak jeles pun. Tibe2 aku dapat mcg dari Mark suruh aku cepat sikit sbab dia tgh tggu aku. Tak sangka pulak Mark ajak aku sbab biasanya Fiq yang ajak aku. Fiq terkejut jugak tibe2 aku ikut skali.

Ade satu malam tu, aku, Fiq, Mark dan lain2 lepak2 kat bilik. Fiq tgh main game, yang lain duk sembang2. Tiba2 Mark kate dalam nada serius, "ko sayang aku tak? Cium aku sekali." Muka dia makin dekat ngan aku. Aku terus menjauhkan muka aku  dan tak berkata apa2. Gile ke nak cium ??

Dan yang last tapi bkn yg terakhir, hari tu satu hari xde air kat asrama. Pukul 12 tgh mlm baru ade air. Aku tak selesa jd aku pergi la mandi. Tgk2 Mark melepak tepi bilik air, dia baru je sudah main futsal. Dia pun masuk sekali dalam bilik air. Mase aku nak tutup pintu, tiba2 dia masuk sekali. Dia kate, "Jom mandi same2. Lagi bez kalu kita mandi same2." Dah la aku dan dia je dalam bilik air tu. Dia pulak pakai seluar tiga suku je mase tu, seksi betol.

Puas dia pujuk, tapi aku tak nak. Tak berani aku. Jadi dia pun mandi bilik air sebelah aku. Aku saje je tanye dia, "Ingat ko tak datang malam nie?" sbab biasanya bile dia balik rumah, dia xkan balik asrama lagi. Pastu dia kate, "ko rindu aku kan? Betol tak?". Aku senyap je pastu aku tuka topik lain. Memang aku rindu pun. Mase nie aku dah start rindu dia balik.

So, skrg nie aku dah start sayang dia balik. Terase rindu kalu dia xde. Macam dulu2. Memang susah betol nak buang perasaan nie. Pening betol..

PeRasAaN YanG HamPiR HiLanG DaTanG KeMbaLi . . .

Sudah sedia maklum, Fiq akan hadapi exam repeat tuk papernye. Skrg nie, dia dah selesai menjawab papernye. Cume result sahaja yang blom diketahui. Tawakal je la.. Aku dah tak nak fikir pasal tu lagi. Menakutkan. Kali nie aku nak cerita pasal Mark pulak. Lame tak cerita pasal dia.

Aku tak faham dengan perasaan aku nih. Mase cuti akhir sem lepas, aku dapat rasakan sesuatu yang aneh dalam diri aku. Aku tak tahu kenapa, aku dah kurang fikir pasal Mark. Nak kate tak rindu, rindu la jugak tapi tak sekuat dahulu.

Sepatutnya bila cuti panjang la rindu membuak2 tapi aku rase sebaliknya. Mungkin aku busy kot.. Mase cuti tu jugak, aku dapat tahu yang Mark dan Fiq ade keluar berdua untuk beli laptop Mark. Mark siap belanja Fiq Mcd lagi tu. Yang hairannya, aku langsung xrase cemburu, jeles, dengki. Kalu dulu, mesti aku frust gile.

Jadi, aku rase mungkin perasaan tak betol aku nie dah makin menghilang. Aku tak tahu nak kate ape. Bile cuti dah abis, aku, Fiq dan Mark berjumpa balik. Mase jumpa dengan Mark, perasaan aku tetap macam tu. Tgk Fiq dan Mark bergurau2, aku tak jeles.

Tapi tu sume sekejap saje. Ade beberapa perangai Mark yang membuatkan aku jatuh sayang balik kat dia. Dah elok2 nak hilang, datang lagi perasaan tuh. Kalu nak tahu apa perangai dia tuh, tunggu je post seterusnya.