Monday, November 21, 2011

MaKiN RaPaT . . .

Mase musim exam, aku dan Fiq balik rumah masing2 sbab mase exam boleh stay kat rumah. Tak duduk asrama pun xpe. Aku ade exam Math pada hari Isnin. Kelas Mark dan Fiq xde exam lagi. So malam tu aku kene la balik asrama. Aku fikir mesti bosan stay asrama sorg2. Argghhh !! Xnak. Tapi nak wat camne lagi. Esok kene exam.

Sebelum aku balik asrama, aku ade la mcg Mark. Tibe2 je dia suruh aku balik asrama. Aku mmg kene balik asrama pun hari tu. Tak suruh pun aku akan balik. Bile aku sampai je kat asrama, rumate aku,Wahid ajak g kluar makan. Aku tnye la nak kluar ngan sape. Wahid kate g ngan Mark. Aku terkejut sbab Mark ade kat sini. Rupe2nye Mark terpaksa tido kat asrama sbab ayah dia masuk hospital.. Nak ulang-alik dari hospital ke rumah jauh. Jadi dia stay je kat asrama.

Malam tu kitaorg g minum air buah kat kampung aku. Aku bersyukur sgt sbab ade Mark. Kalu tak mesti bosan tahap gaban aku malam tu. Lepas habis minum, kitaorg blik asrama. Aku tgk Mark tgh layan movie. aku yg tgh kesepian join la skali. Best la jugak layan movie berdua. Biasanya, aku akan kekok kalu berdua dgn dia. Tapi kali nie aku melawan perasaan kekok aku nie. Tak sangke aku boleh bercakap, bergurau dgn dia dan dia pun aku tgk ok je. Kalu dulu aku sgt2 berase xsenang kalu berdua dgnnya. Mulut pun xnak bercakap. Tapi malam tu lain. Dah xde kekok2 lagi dah.

Esoknya, Mark ajak g breakfast kat McD. aku ngan Wahid ok je. Mark ade bgtaw aku, sepatutnya dia dgn aweknya patut g sana tapi dia nak kluar ngan aku ngan Wahid. Kat McD tu kitaorg brgurau senda lagi. xabis2 Mark mengata pasal aku. Mmg dah jadi rutin dia. Ade je yg dia nak mengate pasal aku. Aku wat xkisah je. Suke hati la dia nak kate ape.

Balik je asrama, Wahid ngan Mark terus tido. Aku study la dulu sikit. Pastu aku join tido skali. Sebelum exam aku bermula, sempat lagi aku dgn Mark main game. Teruk betul. Dah la hari tu paper Trigo. Makin lama main, makin ramai pulak join sekali. Tapi apekan daya, aku kene pergi ke dewan exam jugak..

Tapi, aku tak sangke perasaan malu, kekok bersama dia dah berkurangan. Aku dah dapat bercakap dgnnya walaupun berdua. Mulut aku dah tak berat lagi dah. Aku harap aku boleh kekalkan bende nie supaya aku dan Mark boleh menjadi rapat lagi dari sebelum nie.

FiQ LaGi . . .

Sudah sedia maklum, Fiq dari mase tu lagi tak abis2 perli aku dgn Mark. Kali nie lebih byk perangai pelik yang dia tunjukkan kat aku. Fiq, Fiq.. Bile la kau nak berenti ye ?

First, bile dia bercakap dgn aku, dia dah tak sebut name Mark lagi. Dia sebut 'tersyg ko'. Contohnye "Mane tersyg ko ? Tersyg ko sihat ?" Camtu la.. Kdg2 depan Mark pun dia sebut camtu. Dia nie nak tarik perhatian Mark ke apa.

Second, lepas dia tahu yg aku dgn Mark berseronok tanpa Mark, dia macam frust je. Ala..kalu dia berseronok dgn Mark pun, aku frust jugak. Tapi aku sorok frust aku tu. Dia nie tak. Dia kate Mark bahagia kalu ade aku. Dia bgtaw aku lagi yg Mark selalu tnye aku kalu aku xde kat asrama. Aku tak taw la nak percaya ke tak.

Suatu hari, aku dan Fiq kuar jalan2. Jadi aku fikir kalu ajak Mark ok jugak nie. Tapi malangnye Mark xleh pergi. Aku bgtaw la Fiq pasal Mark nie. Tibe2 dia membebel, "Hebat ko. Ko mcg dia balas. aku mcg langsung xbalas." aku rase curius dgn dia nih. Xmgkin Mark xbalas mcg Fiq. Aku suruh dia tunjuk mcg tu tapi dia kate dia dah delete. Lagi la aku curious.

Keesokan harinya, Mark call aku ajak aku g bandar. Kononnya nak ganti yg kelmarin dia xdpt join. Kebiasaannya, kalu Mark inform aku, pasti Mark inform kat Fiq jugak. Tapi xpe la. Aku saje je nak kepastian, jadi aku mcg Fiq. Fiq bgtaw aku yg Mark xde mcg dia pun. Dia nie tipu ke betul nie?? Boleh pulak dia bgtaw aku yg Mark ajak aku sorg je kuar..

Fiq..Fiq.. aku rase kau tgh jeles dgn aku la. Aku taw kau pun sayang kat Mark. Aku pun sayang Mark jugak tapi setakat nie aku boleh lagi simpan perasaan jeles aku kalu kau mesra dgn Mark. Tapi aku xkisah pun kau nak jeles ke apa, misi aku sekarang ialah aku nak hubungan aku dgn Mark makin rapat. Tu je. Nak jeles, jeles la.

Saturday, November 19, 2011

FrUsT ExaM !!! ArGhHH . . .

Lame tak update blog nie. Maklum la exam.. Aku xtaw la kenapa. Tapi bile exam dah sekat, makin rancak pulak aku main games. Counter Strike ngan Half-Life je.. Tiap2 malam aku, Mark, Fiq dan rakan2 yg lain main game nie.

Study ?haha.. Tu kire study la tu. Study gune bazuka..gune machine gun..shotgun. Adoii.. Main games nie dah la sampai subuh baru pandai nak berenti. Bile tido zohor baru bgn. Makin dekat exam, makin menjadi2. Mase paper first, English, kitaorg study la kejap. Pastu pening, xtaw xbace ape lagi. Ape lagi, bukak laptop, terus 'berjihad'.

Masuk paper kedua, kitaorg mula fokus. Maklum la paper tu susah. Aku exam BM. Mark ngan Fiq exam BA. Byk betol yg kene bace. Mark ngan Fiq bez la boleh bincang. Sume laki kelas diorg datang blok aku bincang same2. Aku ??haha.. Study sorg2 je.. Clasmate aku sume jenis yg xsuke study group.huhu.. Nasib baik paper BM aku boleh dikatekan senang. Malangnya paper BA susah nak mampos. Diorg la yg kate camtu..

Paper ketiga, Trigonometry. The killer one. Aku patut tumpukan perhatian sepenuhnya kat trigo. Ade la dua tiga soalan aku buat. Pastu dugaan datang dan aku xdapat nak tolak. Aku main game lagi dimalam exam. Adoii.. Nasib baik exam petang. Kalo pagi, mampos aku. Sebelum masuk dewan exam, sempat lagi aku main sekejap. Bknnya nak study ke hape. Teruk betol aku nih.huhuhu..

Last sekali, masih the killer one, Calculus. Malam tu aku xtaw la kenape. Aku rase malam panjang.............................sgt. Puas dah aku study tapi jam bru je gerak 20-30 min. Aku pasang lagu. Pasang video, termenung. Eh ?? Pukul 12 pun xsampai lagi. Em....aku mula rase tak sedap hati. Bgn pagi, aku termenung xtaw pape. Bile boleh je kertas, Ya Allah.. susah nak mampos !! Macam mane la nie ?? Sume soalan aku jawab tapi byk betol yg main hentam je.huhuhuhu..

Aku sangat2 frust. Aku senyap je kat bilik. Xde mood langsung nak bergurau. Sepatutnya aku happy exam dah abis. Tapi aku rase lain pulak. Aku bimbang kalo2 aku kene repeat paper tu. Xnak repeat paper !!!!! Aku sangat2 berharap dan berdoa kepada Allah agar aku dijauhi daripada repeat mane2 paper sekalipun. Amin . . .

Sunday, November 6, 2011

KiDo !!

Lame betol aku tak bercerita pasal Bleach. Kali nie aku nak bercerita sikit pasal Bleach iaitu Kido. Ape tu kido ?? Kido nie kalu dalam B.I demon way atau spirit way. Macam magic la kot..

Kido nie terbahagi kepada dua iaitu Bakudo dan Hado. Bakudo kalu dalam B.I ialah 'Way of Binding'. Kebanyakan bakudo nie tak la sekuat Hado. Bende nie byk digunakan untuk mengikat, menyelamat camtu la.. Hado pulak kalu dalam B.I ialah 'Way of Destruction'. Yang nie baru digunakan untuk menyerang. Kebanyakannya hado nie bahaya2. Antara persamaan Bakudo dan Hado ialah nombornya antara dari 1 sampai 99. Tak semua nombor ade. 

Nombor yang terlibat dalam bakudo nie ialah 1, 4, 8, 9,  10, 21, 30, 37, 39, 58, 61, 62, 63, 73, 75, 77, 81 dan 99. 

Nombor yang terlibat dalam Hado pulak 1, 4, 11, 12, 31, 32, 33, 54, 58, 63, 73, 88, 90, 91, dan 96.

Contoh Bakudo dan hado :
Bakudo no ichi (no.1) Sai (Block)
Bakudo no yon (no.4) Hainawa (Crawling Rope)
Bakudo no hachi (no.8) Seki (Repulse)
Bakudo no kyuu (no.9) Geki (Strike)

Hado no sanju ichi (no.31) Sakkoho (Red Ball Cannon)
Hado no sanju ni (no.32) Oukasen (Yellow Fire Flash)
Hado no sanju san (no.33) Sukatsui (Blue Fire Ball)
Hado no goju yon (no.54) Haien (Nullific Falmes)

Kalu nak tahu lebih banyak kido, silalah tonton video nie. Selamat Menonton !!


Saturday, November 5, 2011

SaLaM AiDiLaDHa . . .

Malam nie saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam di seluruh negara. Jangan lupe untuk bertakbir dan yang paling penting, JANGAN ponteng solat hari raya esok.





Esok start la kita makan daging lembu. Ble makan tu jangan la sampai lupe daratan pulak. Makan2 jugak.. Kesihatan kene jaga jugak. Kang xpasal2 kene high blood pressure raya2 nie. So, saya nasihatkan agar makan berpada2 cukup la..

Semoga semua enjoy esok !! Selamat Hari Raya AidilAdha sekali lagi !!