Friday, September 16, 2011

PeNinG . . .

Dua minggu lepas aku terase kurang senang sikit dengan si M nih. Perangai dia hairan semacam, sampai aku mula fikir yang bukan2. Ingat lagi post aku yang bertajuk "KomPiuS . . ." ? Nie ala2 camtu jugak, tapi yg nie lain skit. Aku rase aku dah ok kot pasal kes M dan F nie. Tapi kelakuan dia sejak2 nie buat aku fikirkan dia balik. Tak baik betol la buat aku camni..hahaha.. 

Perangai pelik dia yang aku maksudkan tu camni. Lepas berbuka puase, Aku, M, F dan rumate aku, W g kat Pulau Warisan yg kononnya ICT terengganu. Mase tgh bergambar, aku saje je g kat benteng sungai nak tgk air. Tibe2 M dtg belakang aku pastu tolak aku. Dia sengaja nak takutkan aku je sebenarnya..  Bkn dia tolak pon..dia peluk je tp terkejut jugak aku. Pastu dia kate "Jgn terjun bi. aku sayang ko. Jgn terjun." Ok. mase dia kate camtu aku tak heran lagi. Aku rase tu biase je.

Lepas je cuti raye, cam bese la byk brg nak dikemaskan kat asrama tu. Mase aku duk kemas2 lam bilik aku, M dan F ade jugak. kitaorang borak2 kosong. Pastu F g solat jap. Tinggal la aku ngan M. Tibe2 dia cakap ape ntah, pastu tanye aku, "ko sayang aku tak ??" Aku tergamam, tak tahu nak kate ape jadi aku senyap je la. Senyum je yg aku mampu. Aku terfikir, dia nie pahal pulak tanye aku camni. Pelik betol. Tibe2 dia bgn dri katil aku terus peluk aku. Mase peluk aku tu dia kate "Ko tahu tak, aku sayang ko." Dah la nada suare dia tu siyes. Lagi la aku tergamam. Tak boleh gerak langsung.

Beberape hari kemudian, aku, M, F dan rakan2 yg lain lepak lam bilik F. Mase duk borak2, aku terdgr M panggil aku sayang. Aku rase xpernah lagi dia panggil aku camtu selama aku kenal dia. Tapi mase dia panggil tu aku layan je la. Tak la wat reaksi melampau sangat. Mane taw dia tu cume bergurau.. Satu hal lagi, care dia pandang aku. Tak boleh blah langsung. Kadang2 dia renung aku, sampai aku sendiri jadi malu. Sape tak malu kalu orang renung kita lama ??hahaha..

Setakat nie, tu je la perangai pelik yang aku sempat detect. Aku gembira jugak sebenarnya. Tipu la kalu aku kate aku tak rase pape. Tapi aku takkan berharap pape. Mungkin dia wat camtu cume nak suke2, gurau2. Aku je kot yang terlebih perasan. Fikir yang bukan2. Tapi sekarang nie siyes aku asyik teringatkan dia. Teruk r kalu camni. Camne nak lupekan dia nie.. Pening Betol. haiish..

Thursday, September 1, 2011

SeLaMaT HaRi RaYa !!!

Selamat Hari Raya kepada semua Muslimin dan Muslimat. Maafkan segala salah silap yang dilakukan tak kira sedar atau pun tidak. Saya ini bukan la manusia yg sempurna. Jadi maafkan deh. hehehe..

Pertama sekali terima kasih kepada yg follow blog yg tak seberapa nie. Tak sangke pulak ade jugak yg follow blog nie. hihihi.. ^^ Selamat Hari Raya saya ucapkan. Semoga tahun nie kita dapat nikmat dan rahmat sepanjang mase.

Saya tak pandai nak ucap panjang2. Jadi saya harap semua umat Islam di negara ini dan di seluruh negara gembira merayakan hari yang mulia ini. Satu lagi, jangan lupe kutip duit raya byk2. Kita tgk sape yg dapat paling byk. hehehe..

Wassalam..

JauHkaN DiRi ?? PiLiHaN TerBaiK Ke ??

Sudah sedia maklum yang aku mmg masih lagi sedih ngan kejadian tu. Aku masih tak paham. Npe la aku sedih dan hampa sgt nih ?? Bia la M dan F tuh nak berkasih sayang. Dah M tuh sayang kat F. Nak wat camne lagi. Tapi nape hati aku nih berat sgt nak terima kenyataan ?? Urrggh.. Pening kepale aku.

Jadi, aku rancang tuk jauhkan diri dari diorang berdua. Aku xtaw camne, tapi aku harus try dulu. Habis je kelas kul 1.15, aku terus balik ke bilik aku. Biasenye, aku msti singgah ke bilik F dulu tuk bersembang. Memang la rase pelik sikit. Aku rase bosan, xtaw nak watpe.

Walaupun bosan tahap hape ntah, aku tetap x pergi kat bilik dia. Aku pergi ke bilik kawan2 aku yg lain. Mane la taw dapat hilangkan bosan. Tgh2 berborak ngan kawan aku tuh, aku tertido. Lame la jugak aku tertido. Sedar2 F datang kejutkan aku. Aku wat xtaw je. Puas dia kejutkan aku, tapi aku buat2 tido je. Dia frust terus keluar dari bilik tu.hahaha.. Kesian jugak dia.

Beberape jam lepas tu, aku terdengar suare M memanggil2 name aku. Pahal pulak panggil2 aku nih ?? M terjumpa aku kat bilik kawan aku tu. "Hoi, ko nak g tak ?? Kitaorg nak berbuke kat luar nih. F dah tggu kat bawah dah." Rupenye F duk asyik kejutkan aku td sebab nak ajak g berbuke. Aku bgn slow2. Hati nie cam berat je nak pergi.

Akhirnya aku pergi sebab rumate aku pun diajak same. Boleh tahan la berbuke hari tu. Bli kat Mcd tp makan kat tepi pantai. Seronok la jugak. Lepas tu g kat Pulau Warisan, ICT terengganu.haha.. Seronok lagi. Ambik gambar berkeping2. Last skali g window shopping kat kedai2 baju, kasut. Penat jugak kitaorg berjalan. huh !!

Mase perjalanan balik, aku terfikir. Boleh ke aku berseronok sebegini kalau aku tak berkawan dengan diorg ?? Tak kan nak putus kawan gara2 hal sekecil ini ?? Adakah jauhkan diri daripada diorg pilihan terbaik dalam hidup aku ?? Kalau tak jauhkan diri, hati pulak sakit melihat M dan F. Argghh.. Pening betol. Jadi sampai skrg aku tak tahu yang mane pilihan terbaik dalam hidup aku. huhu..