Friday, June 1, 2018

RiNDu KeNanGaN LaMa

Assalammualaikum selamat sejahtera semua. Lamanya tak update blog nie. Nasib baik la ingat lagi password.hahaha

Tetiba terasa nak buka blik blog nie nak tgk cane. Aku baca balik post2 aku, sangat mengimbau kenangan2 suka dan duka. For your information, watak2 dlm blog aku nie sume dah ada kehidupan masing2. Bagus la kan. Rindunya nak kumpul2 mcm dulu2, bergelak ketawa, gurau2 jahat.hehe.. Tp sume tu susah dah skrg.. xkan dapat lg.

Terima kasih kawan2 kerana memberikan kenangan yg indah bg aku.huhu

Sunday, March 20, 2016

Apa iTu PLU ??

Dua tiga minggu nie, aku aktif sgt main wechat. Pengaruh budak2 kat kampung aku la nie. Dulu ade je wechat tp xde la aktif sgt.haha..

Aku nie kadang2 main add je. Biler dah approve baru la aku stalk sikit2. Tak kira la laki ke pompuan. Tapi byk jugak yg menimbulkan tanda tnya dalam kepala aku. Ade budak spm aku bace dia punya description "People Like Us". Mula2 aku mcm x ambik kisah pun. Tak fikir negatif pun. Stalk sorg lagi budak "ByeCintaPLU". Haihh. Aku pun teringat budak yg first td. Kalu ambik huruf besar saje mmg akan jadi PLU. Aku husnuzon lagi. Mgkin kebetulan.

Siyesly aku mmg xtaw maksud sebenar PLU tu apa tapi yg aku taw PLU tu mcm gay la. Aku pun saje2 google maksud PLU and mmg maksud dia People Like Us. Byk blog yg aku bace. Ade yg kate PLU nie beza dgn gay. Gay nie suka main seks sejenis. Ntah aku pun malas nak ambik tahu lebih.

Biler pikir2kan balik, aku nie trmasuk golongan PLU tak ea? Aku pun penah ade perasaan kat lelaki seperti Mark tapi skrg tak dah. Skrg pun masih ade perasaan tu kat Terry. Tp macam biase la, aku pendam sorg2 je perasaan tu takut2 kalu diluah Terry pandang aku lain nanti dan dia menjauhi aku. Aku xnak persahabatan terputus gara2 perasaan yg ntah apa2 nie..

Wednesday, December 9, 2015

DuA TaHuN BeRLaLu!

Ya Allah. Lamenye tak buke blog nie. Giler dua tahun dah. Dlm dua tahun nie mcm2 berlaku dan semuanya sememangnya berubah 100%. Sepatutnya aku sambung part 3 punye citer, tapi dah lapuk dah. Tak payah la.

Cuma aku nak bgtaw dalam hidup aku dah takde Mark, Fiq dan wahid. Semuanya dah tinggalkan aku dengan sadisnya. Kenapa? InsyaAllah akan diupdate kisahnya..

Monday, August 5, 2013

MarK SaKiT . . . (ParT 2)

Wahid berkata dengan nada suspen. "Hidup lagi..." Haishhhhh. Mase tu aku rase nak lempar je nasik atas muke dia. Buat org takut je. Tapi pada mase yg same, aku bersyukur sgt lepas dgr ayat yg keluar dari mulut Wahid tadi. Lpas beberapa minit, Mark pun tersedar. Aku xtaw la dia nie wat main2 pengsan ke atau betul2 sbab dia mmg pandai wat org gelisah pasal dia.

Tapi aku sekali lagi gembira bila melihat dia makan n bertenaga sikit. Malam tu, dia g hospital tuk cek gusi dia tu. Org nak teman dia xnak. Mcm2 alasan dia bg. Ok la, kalu xnak sudah tp pastikan selamat sampai ke sana sudah. Dlm pukul 3 lebih gitu, aku g la bilik Mark nak mintak air skit. Mase tu Wahid duk kusyuk main laptop Mark n Paan masih guling2 atas katilnya. Aku tgk Mark trbaring lagi. Tido sudah. Sayu hati tgk dia.

Keesokannya, Wahid sudah pun pulang ke kampung halamannya awal pagi. Aku mcm biasa malas nak bgn lagi sbab smlm tido lewat. Dlm pukul 11 lebih gitu, aku n Fiq pun nak bertolak pulang jugak. Sbelum tu, aku sggah la bilik Mark nak bagi keychain yg aku beli untuk dia. Dia still tido. Ntah dia perasan ke x aku masuk dalam bilik dia. Perlahan2 aku keluar bmbg dia trjaga. Aku harap dia cepat smbuh n sihat mcm sedia kala.

Lepas solat jumaat, aku prgi balik ke tempat belajar aku tu sbab nak ambil barang2 penting. Aku harap bile aku smpai ke sana, Mark dah xde. Bkn ape, bile Mark xde, maknenya dia boleh bgn n drive mcm biasa. Tapi jangkaan aku meleset. Kereta Mark masih ade disitu. Dalam hatiku berkata, "Dia ada lagi?"

Aku naik ke bilik aku n ambik barang. Sebelum turun aku g la cek biliknya. Tapi x sangke pulak senior kat aras dia ramai duk smbang kat aras tu. Aku jd malu pulak nak g cek takut2 org mengata yang bukan2. Tapi yg pasti posisi selipar Mark langsung xbergerak. Tu maknenye dia x bgn lagi. Dlm fikiran aku, dia xleh bgn ke?? dia sedar x??

Aku sgt2 curiuos dgn keadaan Mark dalam bilik tu. Yg paling bodoh ialah aku x masuk ke bilik Mark n terus balik. Hal nie menyebabkan aku asyik terfikir2kan keadaan Mark. Sampai ke malam aku asyik fikirkan dia. Perasaan bimbang n fikiran mengarut2 makin menjadi2. Mcm2 persoalan keluar dari benak nie, "dah bgn ke blom dia tu? boleh x bgn g bli makanan berbuka?? Mcm mane kalu dia x berbuka lagi mase nie??? Mcm mane kalu dia x sedarkan diri mcm mase tu n makhluk halus ganggu dia????

Persoalan tu asyik terngiang2 kat kepala otak nih. Aku nak mesej takut nampak over pulak. Tambahan pulak Mark benci org yg over2 nie mcm dia bgtau aku pg tu. Cek kat fb x on9. kat twitter mmg x update langsung. Aku jd buntu. Xtaw dah aku nak cari petunjuk yg Mark mmg sihat2 saje. Makin malam makin teruk fikiran aku. Last2, keesokannya, aku g tmpat aku blajar balik. Dalam perjalanan tu, aku berdoa sgt2 apa yg aku fikirkan tu sumenye karut. Sampai je sane... (bersambung)

Sunday, August 4, 2013

MarK SaKiT . . . (ParT 1)

Mggu nie adalah mggu yg paling aku x tentu arah. Sumenye gara2 Mark jatuh sakit. Mggu last nak cuti pulak tu..haishh,, Pada mulanya sakit dia x la serius mana..cume sakit gusi je. Bleh lagi la bersuka ria macam biasa. Tapi makin lame makin teruk sakitnya.

Ada satu malam tu, dia trbaring je atas katil aku. Dia senyap x berkata apa2 padahal sume org tgh sibuk bersembang kat bilik aku tu. Tanye spatah spatah dia jawab. Aku mase tu x taw la pulak keadaan dia dah teruk. Last2 dia trtido atas katil aku. Aku x kisah pun sbab aku mmg xleh nak tido sbab ade kerja nak dibuat.

Kejap2 aku jeling tgk dia. Bimbang tu mmg dah ade dah dalam hati nie cume x kuat mane perasaan bimbang tu. Tetiba Wahid ajak sahur kat McD malam tu. Aku on je. Tapi bile fikirkan Mark, aku jadi dilema. Tak sanggup pulak nak kejutkan dia tambahan pula dia tgh sakit. Tp dia trbgn jugak sbab gusi dia sakit sgt. Dia kata sbelah telinganya xleh dgr n kepala berdenyut2. Aku kesian sgt2 tgk dia. Xpernah aku tgk dia sakit sebegini rupa.

Lepas Mark trbgn, dia prgi berkumur n balik ke bilik dia. Tak sangka pulak bulan2 puasa nie dia kene 'tindih' oleh sesuatu. Tubuh dia lemah jadi benda2 mcm tu mudah nak ganggu dia. Aku tgk dia bace ayat qursi, makin bimbang pulak aku. Sesudah sahur, aku ingat dia smbung balik tidur dia, tak sangka pulak dia naik ke bilik aku. Aku n dia bersmbang la kejap lepas solat subuh tu.

Dia tunjuk mesej Paan melalui fb. Dia kata dia x pernah balas satu pun chat Paan. Dia kata,,"Tu la, over lagi ngan aku. Aku benci org yg over2 nih." Begitu jugak ex gf dia dulu. Dia x layan sbab slalu send chat kat dia. Dia rimas katenya. Lepas abis smbang dia pun turun ke biliknya. Petang tu, aku n Wahid nak g bli makanan berbuka. Wahid ajak la Mark skali tp Mark xnak. Dia xlarat sgt2. Aku tgk keadaan dia makin lama makin teruk. Trbaring je atas katil.

Wahid belikan nasi air kat dia, org sakit gigi nie xleh nak makan bende keras2. Time berbuka, Wahid kejutkan Mark, tp no respond. Si Paan tawarkan air pun dia senyap je. Mate tertutup rapat. Puas Wahid kejutkan, tp tak bangun2 jugak. Aku mase tu xtaw nak kate ape. Dalam hati nie bimbang tahap ape ntah. Wahid goncang2 dia, tgn dia jatuh ke tilam. Wahid goncang tgn dia, tgn dia bergoyang x bermaya. Dalam hati aku hanya berdoa sepenuh hati, mintak jgn ade ape2 berlaku kat dia.

Wahid cek hidung Mark. Tetiba Wahid senyap seketika. Tgk muka aku n Paan. Mase tu jantung aku macam nak tercabut dah. Aku trtggu2 ayat yg akan dikeluarkan oleh Wahid. Aku berharap bukan jawapan itu yg terkeluar. Mintak jauh sgt2. Wahid pun berkata... (Bersambung...)

Friday, July 19, 2013

SeLaMaT BerPuAsA !

Waaaaa,, Lamenye x bukak blog nie. Berdebu habis dah. Bukan ape..aku sibuk sgt2 dua bulan lepas. Nie ade mase free sikit nie, ambik kesempatan la post something. Bukan nak bercerita mane pun,,

Aku cume nak ucapkan Selamat BerPuasa dan Menyambut Bulan Ramadhan dengan penuh keberkatan ini dengan hati yang tenang.

Tambahkanlah amal ibadah kita pada bulan ini. Bukan senang nak jumpe bulan berkat nie. Kita nie dah la byk dosa..so, mintak ampun byk2 kat Allah S.W.T dan cube tingkatkan amalan kita. Dah mcm ala2 ustaz dah nie aku.hehehe

Jgn lupe niat puasa pulak. Selamat berSahur !!

Tuesday, May 28, 2013

TeMaN WaHiD ?

Sesungguhnye aku masih sedih lagi ngan kejadian smlm. Tapi xpe la. Life must go on kan? So keep smiling n enjoy ur life. Kawan sejati mmg sukar dicari. Tu je pengajaran yang aku dpt tahun nie. Positif thinker la pulak aku nie.hehehe.. Post kali nie pasal rumate aku. Wahid.

Sejak dua menjak nie, aku lebih luangkan mase brsama Wahid n the gang. Mark pun selalu jugak join kitaorg. Tu yg bez tu.hehe.. Tp dlm duk lepak2, Wahid selalu sgt tnye pasal Fiq kat aku. Selalu tanye aku, mane Fiq? Fiq xde ke? Mase tu aku mmg dah putus jiwa dah ngan Fiq. Haiishh,,mari pulak si Wahid nie duk tnye2 pasal Fiq. Mmg makin bengang la aku.

Aku jawab spontan je.."x taw.", "ntah." tu je yg dpt aku jawab. Nampak gayenye si Wahid nie pun suke bile ade Fiq. Sikit2 tnye Fiq. Bile aku nak menjauh dri Fiq, Wahid nie pulak yg duk ajak2 g brsama2 kitaorg.hrmm,,

Tp yg menyedihkan, Wahid ade anjur daki gunung kat Pahang. Batch kitaorg lelaki hanye Wahid je yg pergi. Tetiba, Wahid dgn brsungguh2nye ajak Fiq. Padahal aku yg ade skali kat situ langsung x diajaknye. Dah la aku nie rumate dia. Dah mcm tunggul kayu pulak aku kat situ. Dia kate, "Kite naik dua org. Xpe.." Nmpaknye Wahid mmg plan nak g brdua je ngan Fiq dan jadikan Fiq sbagai peneman dia kat gunung tu.

Aku sedih jugak trpakse dgr je perbualan dia. Wahid smangat tolong carikan beg hiking, sleeping beg dan peralatan lain tuk Fiq. Lepas Fiq setuju ikut dia, baru la ade pertanyaan kat aku. "Nak ikut x?" Tu pun mcm trpakse je tnye sbab aku ade mase diorg brbincang. Rupenye Fiq penting sgt dlm kehidupan Wahid. Msti kene ade Fiq, baru boleh jalan. Xde aku xpe kot..aku x penting bg sape2 pun..

Aku sbenarnye ter'overthinking' skrg nie. Motivasi dlm diri aku rendah sgt..keyakinan pun kurg dah nak bersosial. Nie sume kes tu. Tp aku rase aku bukanlah over sgt. Mmg Fiq penting pun dlm kehidupan sape2. Dlm hidup Wahid, hidup Mark sekali pun. Dan aku terasa yakin yg aku nie sume melukut di tepi gantang je dalam diri sume org trmasuk Wahid, Fiq dan Mark..